Assalamualaikum.
Yoooo, kembali lagi.
Alhamdulillah, sempat lagi tambah satu entri.
Huuuuu~~~
Bapak baru balik dari tgk wayang.
Layan cita Paranormal Activity 3 dgn In Time.
Back to back.
Tapi entri kalini takdak kena mengena pun dgn wayang tuu.
Iklan semata-mata.
Nak cita skit perangai pemandu2 kereta kat Malaysia ni.
Tak tau la kalau kat negara lain pun sama.
Tapi apa yg dpt bapak perati sepanjang pengalaman bapak memandu ni,
tangan pemandu kat Malaysia ni, terutamanya Penang,
cukup CEKAP, dan PANTAS.
Cekap dan pantas tekan HON.
HOOOONNNNNNN!!!!~~~~~~~~~~~
(walaupun bunyi sebenar agak berlainan)
Kena cilok? HON
Kena potong xbagi signal? HON
Org depan brek mengejut? HON
Lampu dh ijau, tp org depan belum jalan? HON
Kalau boleh tiap2 kesalahan org lain tu, nak hon jaa keja.
Bila bagi can suruh hon tujuh kali hari merdeka tak dengaq pulak~~~
Bukan nak melepaskan batuk di tangga.
Tapi agak2 la kalau nk hon tu.
Lalu tepi hospital pun nak hon, apa kes?
Hon tu dicipta nak bagi amaran, atau dgn kata lain, nak tegoq pemandu lain.
Tapi yg p salah guna nak lepas geram tu awat?
Kalau betoi nk tegoq, hon sekali dua dgn harkat pendek sudaahh.
Macam : Piip piip!
Cukup laa, sampai nak hentak butang hon tu sampai 6,7,8,9 harkat tu nk watpa?
Tunjuk marah?
Piigiidaaaaaaa~~~
Daripada duk latih otak tu suruh tekan hon bila jadi benda2 mcm tu,
baik latih otak tu suruh tgn dgn kaki buat tindak balas yg selamat.
Contoh laa, keta depan tiba2 brek kejut,
otak dah dok biasa suruh tekan hon, mmg hon dulu laa yg sampai.
Dari duk hon tu, latih laa kaki tu brek, tangan tu sedia nk belok, atau tarik handbrake kalau perlu.
Bayangkan 1 saat yang guna utk otak hantaq signal ke tgn utk hon tu,
boleh guna utk otak hantaq signal ke kaki dgn tgn utk selamat dri kemalangan.
Dah selamat nyawa manusia.
Hmmm, tu satu hal, org hon.
Org yg kena hon ni pulak lg satu hal.
(Ni termasuk bapak, hehe).
Bila kena hon tu jgn la cepat sgt nk maki hamun.
HOONNN~~!!
"Waklu, apehal nk hon2? Aku baru cilok sikit jee laa!!"
Amenda tah, nak cepat sgt naik angin.
Positive skit laa, org 'tegoq' jaa poonn.
Tak payah laa nk naik angin, sampai ada yg hon balik.
Silap2 kalau keta tu sebelah2 jaa, sanggup bukak tingkap tunjuk 'jari manusia'
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~~~~~
Pengajaran :
Tukang Hon - ingat2 la hon tu untuk bg amaran jaa, setakat sekali dua beep tu ok laa.
Yang kena Hon - Positive sikit laahhhh
Sekian, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment