Wednesday, August 17, 2011

Selesa

Assalamualaikum :)

Haluuuu anak2.
Harini bapak nak kongsi skit pendapat bapak yang tak seberapa ni.
Rasanya, kalau ditanya apa yang kita semua cari dalam hidup ni, apa jawapan kita?

Mungkin ada yang jawab, nak cari kebahagiaan.
Mungkin ada yang jawab, nak cari cinta.
Mungkin ada yang jawab, nak cari kemewahan.
Mungkin ada yang jawab, nak cari kesenangan.
Mungkin ada yang jawab, nak cari ilmu pengetahuan.
Mungkin ada yang jawab, nak ke- apa2 lagi -an.
Kan3?

Tapi, bagi bapak, semua tu merujuk kepada satu perkara yang sama.
Keselesaan.

Selesa dengan kebahagiaan yang dikecapi.
Selesa dengan cinta yang ditemui.
Selesa dengan kemewahan yang digapai.
Selesa dengan kesenangan yang diraih.
Selesa dengan ilmu pengetahuan yang diwarisi.
Selesa.

Kalau tak selesa, selagi tu lah dok usaha cari benda yang sama.
Tak percaya?
Pi tengok drama tv segala.
Tengok watak2 antagonis.
Lagi2 yang dah kaya raya tu.
Depa mana selesa kaya saja2.
Adaaaa jaa benda yang tak puaih hati.
Selagi tak selesa, selagi tu duk buat hal.
Cuba kalau selesa tengok, tak kacau orang dh.

Bapak pun sama.
Kalau la orang tanya kat bapak, apa bapak cari dalam hidup.
Jawapan yang pertama confirm bukan keselesaan.
Mungkin kebahagiaan, macam kebanyakan org lain jugak.
Tapi, kalau pikiaq betui2, rasanya bapak cari keselesaan.

Contoh la, kalau orang tanya, ciri2 wanita idaman. (Memang confirm ada org pernah tanya)
Bapak mungkin jawab, nak yang alim laa, yang pandai itu ini, yang taat.
Tapi, bila pikiaq2 balik, rasanya bapak cuma nak pompuan yang bapak selesa hidup bersama.
Selesa dengan cara dia.
Selesa bersembang dengan dia.
Selesa pandang dia.
Selesa berfikir tentang dia.
Mungkin jgak yang bapak selesa walaupun bergaduh.
Mungkin yang bapak selesa walaupun bermasam muka.
Bottom line, bila dah selesa tu, confirm bapak tak tinggai dah :)

Itu contoh jaa.
Banyak lagi benda yang nak kena selesa.
Selesa persekitaran masa nak blajaq.
Baru senang ilmu masuk.
Selesa tempat bekerja, baru kerja produktif dan kualiti.
Dan contoh2 lain yang sama waktu dengannya.

Fikir2 la sendiri anak2. Renung2kan.
Ni cuma pendapat bapak bila kadang2 termenung pikiaq pasai hidup.
Kalau org putih kata,
"That's my two cents"
Camtu la kot lebih kurang.

Orait, menulis lagi di lain kali.
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment