Thursday, August 4, 2011

Nikmat Durian

Assalamualaikum :)

Pagi ni nak cerita skit benda yang bapak terpikiaq.
Tajuk sebenarnya ada sikit ja kena mengena dgn post ni.
Sikiiiiit sangat. Hahahaha.

Ceritanya bulan lepas tengah duk best layan makan durian dengan tok nenek hangpa,
bapak pun layan la monolog dalaman.
Macam mana durian boleh jadi buah?
Mana mai isi yang sedap tu?
Mana mai duri yang kt luaq tu?
Daripada 3 soalan tu, 2 ja yg terjawab, sebab yg lg satu tu terlupa.
Asyik sangat menjawab 2 soalan awai.
Teringat masa blajaq biologi dulu, buah tu sebenarnya hasil lebihan gula yang pokok sedut dari mineral dalam tanah sebagai punca tenaga depa.
Gula kat sini bukan la kata gula pasiaq yang hangpa bancuh buat teh tuu.
Tapi gula dalam sifat molekul, kecik sangat2 kena pakai microscope tengok.
Banyak jenis gula sebenarnya masa blajaq biologi dulu.
Hangpa blajaq sendiri la nanti noh. Best.

Pikiaq punya pikiaq, bapak rasa best jugak kalau hidup jadi pokok berbuah macam durian ni.
Sebab?
Yala, hidup dah sah2 siang malam beribadah sepanjang masa.
Tak cukup tu, makanan yang lebih2 (gula) jadi buah.
Sedekah kat makhluk2 lain, macam kita manusia, unggas dan mergastua.
Makan, tak payah kata la, selagi akaq kat tanah, dan selagi tanah tu suboq.
Makan apa sangat?
Manusia bagi apa kat pokok durian?
Ayaq, pastu baja.
Baja tu daripada apa sebenarnya?
Najis.
Betui, najis. Ataupun tahi, ataupun taik.
Kita bagi pokok durian makan taik jaa.
Dia tak kesah, makan jaaa.
Dah la makan taik yang kita usaha bagi tiap2 minggu atau bulan,
dia balas balik dengan buah durian yang sedap sampai menjilat jari dan gigi tu.
Cukup mulia.

Cuba manusia tengok? Boleh makan taik?
Jangan kata taik, kalau nampak makanan berhabuk pun ada yang buat muka beruk cium taik.
Kalau kena paksa makan jugak,sedekah?
Tak payah pikiaq laa, memang sah2 caci maki hamun semua ada.

Bukan la nak banding2 makhluk dengan makhluk.
Bukan la nak suruh makan taik.
Bukan la nak suruh jadi pokok.
Dah Allah SWT bagi fitrah masing2 utk tiap2 makhluk.
Masing2 ada cara hidup sendiri.
Tujuan kat sini bukan nak memburuk2kan manusia, atau mengagung2kan pokok durian tu.
Tapi sebagai peringatan, kita ni hidup sapa yg bagi?
Allah SWT.
Ingat2 la apa pun kita buat mesti, mesti dan mesti kerana Dia.
Amek contoh pokok durian yang sentiasa beribadah.
Amek contoh pokok durian yang sentiasa memberi bila rezeki berlebihan.
Amek contoh pokok durian yang sentiasa redha dengan rezeki dia dapat.

Moga2 post ni anak2 dapat sikit sebanyak pengajaran noh.
Sekian untuk kalini.
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment