Sunday, August 14, 2011

Fakta/Auta Makanan?

Assalamualaikum :)

Halu haluuuuuu.
Arini nak sembang pasai makanan skit.
Makanan yang kita semua (rakyat Malaysia) selalu makan.
Antaranya ialah nasi, ayam, daging dan ikan.

Amaran! Kenyataan2 berikut berasal dari sumber kedua, iaitu mulut manusia.
Tiada bukti, fakta atau pendapat sahih yang dapat ditemui (tak cari pun) berkenaan kenyataan2 berikut.
(Semua dengaq dari kwn2 bapak jaa).


Nasi
Makanan ruji org Malaysia. (Mostly malays)
Org melayu kalau tak makan nasik mmg tak sah la.
Pagi nasik lemak, tghari nasik campoq, ptg nasik dalcha, malam nasik kandaq.
Kalau boleh tgh malam pun nak pekena nasik perangat balik.

Fakta/Auta yang di-uar2kan, nasik ni penyebab org2 melayu jadi makin kecik.
Macam mana?
Konon2nya karbohidrat ka amenda dalam nasik tu halang penyerapan zat2
yang kita perlu untuk membesar mcm zinc, protein dsb.
Terutamanya masa kita kecik2 lagi.
Bayangkan dari umoq 2-3 tahun dh duk makan nasik.
Memang susah la nk besaq.
Betui ka dak? Tak research la pulak.
Tapi kalau bapak tak bagi hangpa makan nasik tu paham2 la.
Bapak tgh research la tu :P
Melawak jaaa.


Ayam
Ayam ni selalunya org Malaysia makan sbg lauk utk nasik.
Ada org makan ratah jaa macam ayam golek dgn ayam goreng Kentaki tu.
Ada org buat burger ayam.
Ikut la nk makan macam mana pun.
Amek ala kadar jaaa, jangan extreme sgt.
Tak payah la sampai tiap2 hari ayam.
Ayam ni elok seminggu paling banyak dua kali jaa.

Fakta/Auta yang diterima, ayam ni byk kandungan hormon pompuan.
Kononnya sapa yang banyak makan ayam, boleh jadi lebih feminin.
(Pondan2 semua makan ayam terlebih kot?)
Ada terbaca kat website mana entah, makan ayam boleh memperbesarkan payudara.
Betul atau tak?
Hangpa research la sendiri nanti noh.


Ikan dan Daging
Ikan dgn daging pun lauk nasik jugak.
Tapi lg banyak variety dari ayam laa.
Ikan macam2 jenis ikan.
Daging pun mcm2 jenis daging.
Ada yang buat sup, stim, panggang, salai, bakaq.
Bom jaa belum. (kaa dah ada dh?)

Fakta/Auta daging dgn ikan ni lebih kurang cam ayam.
Tapi daging dgn ikan ni byk hormon laki pulak.
Sapa yang makan byk daging dgn ikan ni lebih maskulin.
Banyak la tumbuh bulu kt muka :P
(Tomboy? Penkid? was2).
Bapak pernah cuba search kt uncle google pasai hormon2 ni.
Tapi tak jumpak yang sahih.
Pas baca dua tiga site, dh naik malas.
Nanti hangpa sambung research kt bapak :)


Hmmmm, tu jaa laa kot kalini.
Nanti cari cerita lain pulak.
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment