Saturday, March 12, 2011

tajuk?

Assalam.
Hmmmm, jangan pelik baca tajuk blog ni, sebab bapak pn xtau apa bapak nk tulis.
Dah xdak idea nk letak tajuk apa.
Nak cerita apa pun xtau sebenaqnya harini.
Jam 5.30 pg, terjaga dengaq bunyi alarm hp csl i-100 bapak.
Saja set awai2 ingat mangkit nak terus tulis blog.
Celik2 ja cari botoi ayaq hijau bapak yang besaq gedabak tu dulu.
Dahaga, tidoq sepanjang malam x minum ayaq :-P
Dalam duk mamai2 tu, baru perasan roomate bapak x tidoq lagi (macam biasa).
Potong stim - dia tengah pakai p1 broadband dia (sumber internet bapak kat kampus).
Sambil duduk2 layan mamai, baru terperasan bapak BMW.
Apalagi, walaupun pg2 buta tu, terpaksala pi pancoq.
Tak sampai sejam dh nk masuk subuh pulak.
Mana bleh suka2 hati tinggai solat.
Angkut sekali seluaq tidoq pi basuh +rendam.
Sejuk~~~, tapi sat ja sejuk tu, dah kena2 ayaq seminit rasa ok jaa.
Balik bilik, roomate baru tutup laptop. Pastu dia tegoq,

"Awal ko bangun mandi, tak sejuk ke?"
"Tak ah"(dengan perasaan bangga)

Senyap skit, sambil2 dia duk prepare nak landing, bapak terpk,

"Aku awal bangun, yang ko tu lambat je tido, tak letih ke?"

Hahaha, dialog di atas tu bukan marah ye, tp dialog nk memaku roomate bapak tu.
Tapi simpan dlm hati ja, sebab kalau nk kata pn dah terlambat. (Bapak mmg lambat skit bab2 menjawab ni)
Lgpun roomate bapak tu dah landing, xkan nak pi kejut dia balik semata2 nak menjawab. Hahaha.
Sat2 nak pi mandi sat, nanti sambung.(whooosh)
Dah habis mandi, kepit kuku, laa ni kena pi jumpak Penasihat akademik pulak.
Satni balik la sambung.
............................
(tup tup tup, dah sampai pg besoknya)
Huuuuu, bapak terlupa sambung blog lepas balik jumpak PA.
Solat jumaat, lepas jumaat ada meeting Promed pulak.
Meeting tu x penting pun, tp ada makan2, tu yg nk pi sangat2, haha.
Ummm, sambung cerita subuh semalam.
Bapak solat subuh siap2, lepas tu bersiap barang utk jumpak PA bapak tu.
Dalam 6.40 camtu bapak kluaq pi jogging pusing kampus.
Tu memang rutin hari jumaat bapak, kluaq joging lepas solat subuh.
Tapi dah dua minggu yg sebelum ni asyik bangun subuh gajah jaa.
Minggu ni bila badan dah rasa 'lemak' skit, kena ppi joging laa.
Gelap la jugak joging waktu subuh ni.
Kadang2 ternampak benda2 dalam gelap gelita tu rasa seram skit.
Tapi otak dan hati serentak bersuara
"Ish, benda2 tu kalau ada pun depa tak kacau orang kalau orang tak kacau depa"
Ayat tu memang selalu dihati kalau rasa cuak2 skit.
Setakat ni bapak belum pernah lagi la bertemu secara langsung dengan benda2 alah ni.
Kalau ada pun setakat tengok orang meracau.

Haaa, dapat dah cerita. Pengalaman tengok orang meracau.
Hmmmm, satu malam tu, bapak kena buat meeting utk AJK persatuan.
Bapak dgn sorang kawan ni pi laa ke bilik kuliah blok kayu no.9
Bilik tu bersambung dgn bilik no.10, cuma terasing dgn pintu pagar besi ala2 dinding.
Masa tu dlm bilik tu kami dua org ja ada. Orang lain belum mai lg.
Kami pn bukak buku study sat.
Tiba2 dengaq pompuan menjerit dari bilik sebelah.
Kami buat bodo dulu, sebab ingatkan kelas sebelah tgh berlatih drama ka apa.
Pastu sekali lagi pompuan sama menjerit.
Bapak dgn kwn bapak tu pi la usha2 kat celah dinding besi tu.
Tengok2 ada pompuan terbaring kat lantai depan bilik sebelah.
Yang student2 lain banyak berkumpul kat bhgian dinding besi ni.
Apalagi, bapak kluaq bilik, pi usha kat tingkap bilik sebelah.
Lecturer dgn 2-3 org student pompuan tgh pegang pompuan yang meracau tu.
Agak kuat la budak tu meracau sampai student2 yang
pegang budak tu takleh grip bila dia meronta2.
Sambil2 tu, bapak tengok karenah student2 lain.
Ada yang pi ke belakang bilik tu takut2.
Ada jugak yang ambik peluang meniru kertas ujian kwn2.
Rupanya depa ada test kat situ.
Student yang takut2 tu cuba bukak pintu blkg bilik tu. tapi terkunci.
Nak tergelak pun ada, nak kesian pun ada tgk kerenah depa2 ni.
Kesian depa takut takleh kluaq dari bilik tu.
Tergelak bila ada yang berjaya kluaq ikut dinding besi bilik no.9,
pastu terus bwk kluaq buku nk meniru.
Macam2 perangai manusia.
Pastu ada la 2-3 org student2 dari bilik kuliah yang lain, mai tengok sekali.
Ada yang sempat bwk handphone rakam kejadian.
Buat la apa hangpa mau. Benda tu ikut hangpa pandai2 jaga diri.
Teringat pasal meeting, bapak takut nanti budak2 yg mai meeting pun turut kena histeria,
bapak ajak kawan bapak tukaq tempat meeting.
Kami bgtau kt student2 yg kelas sebelah tu suruh depa guna ja bilik kami tu.
Kami pun 'ciao' dari situ.

Haaa, ni nak sampaikan pesanan skit.
Bapak ni kurang percaya skit benda2 tahyul dan karut.
Tapi bapak sentiasa ingatkan diri, makhluk2 Allah yang ghaib,
macam jin2 & benda2 yg manusia tak nampak dengan mata kasar,
kita kena percaya depa ni wujud.
Sebab benda2 ghaib ni semua disebut dalam al-Quran.
Percaya depa ni wujud jaa.
Bapak selalu ingat benda ni.
Benda2 ghaib ni selagi kita tak ganggu depa atau tempat2 depa,
depa takkan kacau kita.
Jin2 pun ada yang Islam, dan jin2 Islam ni memang takkan ganggu kita langsung,
sebab dlm Islam ada sebut, Allah melarang makhluk2Nya berpindah dimensi.
Maksudnya, kita manusia takleh pi alam ghaib,
makhluk alam ghaib pulak takleh masuk alam kita.
Berdosa melanggar perintah Allah.

Ok, setakat tu jaa kot kali ni.
Lain kali bapak update lagi, InsyaAllah.
Assalam semua.

No comments:

Post a Comment