Assalamualaikum.
Apa beza lagu dan muzik? Secara definisinya, bapak mmg tak amek tau langsung. Mungkin sbb malas, ataupun mungkin disebbkn bapak ni left-brainer. Left-brainer ni mmg sgt2 tak peka terhadap muzik dan lagu. Lagi kuat otak kiri tu, lagi lah tak leh nk terima muzik dan lagu. Bagi bapak, lagu tu lagu lah, kombinasi muzik dan suara vokal yang menyanyikan lirik masing2. Muzik pulak kombinasi alunan alat2 muzik yang berharmoni antara satu sama lain menghasilkan rentak dn irama. Tak kesah la sedap atau tak, bila dh ada rentak dan irama, itulah muzik. Itu bapak punya definisi laa. Bapak lebih senang ingat lagu yang lebihkan muzik berbanding lirik.
Bapak sebenarnya sgt2 susah nk register lagu dalam otak. Kena replay banyak2 kali baru boleh ingat satu dua baris lirik. Kadang2 kalau dpt ingat pun lagu tu, bapak tak pernah boleh ingat nama penyanyi atau tajuk lagu tu, atau ke-dua2nya skali. Macam contoh lagu 'Insyaallah' nyanyian Maher Zain. Disebabkan lagu tu senang (sebut2 insyaallah) bapak boleh laa ikut2 nyanyi part chorus. Tapi bapak tak tau langsung nama penyanyi dia sampai dh dekat setahun lagu tu duk main kt radio. Bapak tau pun sbb masa tu lagu tu baru habeh main kt radio.
Masa tu bapak tgh drive kwn2 lain balik dari makan2 kot. Pastu depa dok rancak sembang, tiba2 depa duk cakap la 'Maher Zain, Maher Zain'. Bapak pun tanyala "Sapa Maher Zain tu weh?". Pastu kawan2 buat muka pelik tgk kt bapak. "Hang dok buat tak tau plak" depa tembak tu sedas kt bapak, duk buat mcm bapak ni main2 tanya. Bapak pun dgn nk tergelak skit2 sbb depa tak percaya "Serius laa. aku tak tau sapa tu weh" (sambil nk tergelak, mungkin sbb ni depa makin ingat bapak duk main2). "Hang duk gelak2 lagi, nampak sangat main2 tanya. Hang selalu jaa duk nyanyi2 lagu Maher Zain tu". Bapak pecah gelak "Hahaha, weh aku mmg duk ikot nyanyi byk lagu, tapi aku mana penah amek tau sapa yang nyanyi". Kwn2 tergelak, ada setgh yg dh pecaya, sbb depa dh kenai perangai bapak, yang lain masih gelak2 tak pecaya kt bapak, ingat bapak main2. Nak buat cerita, 2 3 bulan lepas tu, ada sekali lagi kwn bapak mention nama Maher Zain, skali lagi bapak tak igt siapa laaah Maher Zain tu. Hahahahaha~~
Nota Kaki: Kadang2 jeles dengar kawan2 nyanyi lagu2 yg berkumandang. Ish, cepatnya depa ni hapai lagu. Tapi kalau bg keja, asyik nak lupa jaaa. Kekekekee~~
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment